Mengapa Lesen Pemandu Pelancong Penting?

Ramai tidak sedar bahawa hanya pemandu pelancong berlesen yang sah untuk membawa pelawat secara profesional.

Sebagai pelancong, kita mahukan perjalanan yang lancar, selamat dan berinformasi. Di sinilah pentingnya menggunakan khidmat pemandu pelancong berlesen dan sah.

Kelebihan menggunakan pemandu berlesen:

  • Dilatih secara rasmi oleh MOTAC
  • Tahu prosedur keselamatan dan kecemasan
  • Boleh dihubungi semula jika berlaku isu
  • Mempunyai insurans perlindungan tertentu
  • Dipantau oleh badan seperti JCNTGA

Tanpa lesen, tiada jaminan terhadap keselamatan dan kualiti perkhidmatan. Malah, ia boleh menjejaskan reputasi sektor pelancongan tempatan.

JCNTGA menekankan keperluan untuk pelancong semak identiti dan lesen sah sebelum memulakan sebarang lawatan.

Sentiasa pilih pemandu berdaftar dan elakkan dari menjadi mangsa penipuan atau perkhidmatan tidak profesional.