KEMENTERIAN PELANCONGAN SENI DAN BUDAYA

Susulan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa baharu pada 19 Februari 2025, Persatuan Pemandu Pelancong Bandar dan Alam Semula Jadi Johor (JCNTGA) telah mengadakan kunjungan rasmi serta sesi suai kenal bersama pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC NEGERI JOHOR).
Pertemuan ini bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan dan Ahli Jawatankuasa JCNTGA bagi penggal baharu, di samping memperkukuhkan hubungan serta jaringan kerjasama antara persatuan dan MOTAC.
Melalui hubungan ini, JCNTGA berusaha memastikan maklumat rasmi dan terkini berkaitan industri pelancongan, pemandu pelancong, latihan, kursus, program, mesyuarat, taklimat serta peluang kerjasama daripada MOTAC dapat diterima dan disampaikan kepada Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli persatuan dengan lebih cepat dan teratur.
Setiausaha RADHIAH BINTI ESA, JCNTGA turut memainkan peranan sebagai salah satu penghubung rasmi persatuan dalam penyelarasan komunikasi, jemputan mesyuarat dan penyertaan program bersama pihak berkaitan.
JCNTGA komited untuk terus menjalinkan kerjasama strategik dengan MOTAC serta agensi berkaitan dalam usaha meningkatkan profesionalisme pemandu pelancong, memperkukuhkan industri pelancongan dan mempromosikan keunikan warisan, budaya serta alam semula jadi Negeri Johor kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.
“Bersama Memperkasa Pemandu Pelancong, Memacu Pelancongan Johor.”